awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China bantah pencerobohan Filipina ke dalam perairan berhampiran Xianbin Jiao

Bernama
Bernama
19/08/2024
22:30 MYT
China bantah pencerobohan Filipina ke dalam perairan berhampiran Xianbin Jiao
Tanpa mengendahkan nasihat dan amaran Pengawal Pantai China, kapal-kapal Filipina bertindak secara berbahaya dengan sengaja melanggar kapal penguat kuasa China itu yang sedang menjalankan operasi penguatkuasaan undang-undang. - Foto fail/REUTERS
BEIJING: China membantah sekeras-kerasnya tindakan kapal pengawal pantai Filipina menceroboh ke dalam perairan berdekatan Xianbin Jiao, dan akan terus mengambil langkah tegas untuk melindungi kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritimnya, kata jurucakap Kementerian Luar Mao Ning, pada Isnin, lapor Xinhua.
Pada 19 Ogos, dua kapal pengawal pantai Filipina telah memasuki perairan berdekatan Xianbin Jiao di Nansha Qundao, tanpa kebenaran daripada Kerajaan China, kata Mao pada satu sidang akhbar.
Tanpa mengendahkan nasihat dan amaran Pengawal Pantai China, kapal-kapal itu bertindak secara berbahaya dengan sengaja melanggar kapal penguat kuasa China itu yang sedang menjalankan operasi penguatkuasaan undang-undang.
Mao menegaskan bahawa tanggungjawab terhadap insiden pelanggaran itu terletak sepenuhnya pada Filipina, sambil menambah bahawa Pengawal Pantai China telah mengambil langkah yang diperlukan selaras dengan undang-undang domestik dan antarabangsa, dan tindakannya di lokasi adalah profesional, terkawal, dan wajar.
"Saya ingin menegaskan bahawa Xianbin Jiao adalah sebahagian daripada Nansha Qundao, China. Ia sentiasa menjadi wilayah China dan tidak berpenghuni," kata Mao.
Beliau mendakwa, Filipina menghantar kapal pengawal pantai untuk menceroboh perairan Xianbin Jiao dalam usaha untuk menghantar bekalan kepada kapal pengawal pantai Filipina yang berlabuh di lagun Xianbin Jiao dan berusaha mendapatkan kehadiran jangka panjang di situ.
Tindakan Filipina itu mencabuli kedaulatan China secara serius, melanggar Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), dan mengancam keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, kata Mao sambil menambah bahawa China membantah keras tindakan ini dan akan terus mengambil langkah tegas untuk melindungi kedaulatan wilayahnya, hak dan kepentingan maritimnya, serta memelihara kesucian DOC.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#pencerobohan Filipina
#Xianbin Jiao
#kapal Filipina langgar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan