awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China berharap jadi rakan, bukan pencabar Amerika Syarikat

Bernama
Bernama
08/04/2024
11:15 MYT
China berharap jadi rakan, bukan pencabar Amerika Syarikat
L. Yellen bertemu Li Qiang di Beijing.
BEIJING: Perkembangan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) yang diterajui pemimpin kedua-dua negara stabil pada masa ini, kata Perdana Menteri China Li Qiang.
Ketika ditemui Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet L. Yellen di sini pada Ahad, Li berkata China berharap menjadi rakan dan bukan pencabar Amerika selain bersedia hidup bersama secara damai berdasarkan prinsip saling menghormati, kerjasama dan sama menang.
Menurut beliau, China-AS hendaklah bertindak pantas melaksanakan kata sepakat penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara supaya dapat merealisasikan "Wawasan San Francisco".
"Pembangunan industri sumber tenaga yang boleh diperbaharui di China akan memberi sumbangan yang signifikan bagi transformasi ekonomi global ke arah karbon rendah yang hijau.
"China bersedia bersama dengan AS menghadapi cabaran global melalui peningkatanan penyelarasan dalam bidang penggubalan serta pelaksanaan dasar tentang pelbagai isu seperti menangani perubahan iklim," kata Li.
Dalam perbualan telefon tidak lama dahulu, Presiden China Xi Jinping dan Presiden Joe Biden telah bersetuju untuk meningkatkan dialog, mengawal perselisihan dan mendorong kerjasama demi perkembangan hubungan bilateral ke arah yang stabil.
Sementara itu Yellen berkata hubungan AS-China menjadi lebih stabil melalui usaha bersama-sama.
Beliau berkata sebagai dua entiti ekonomi terbesar di persada global, AS dan China perlu menangani hubungan ekonomi bilateral secara bertanggungjawab.
Menurut beliau, pihaknya menghargai kemajuan yang dicapai dalam kerjasama dialog ekonomi kedua-dua negara dan tidak berniat akan "memutuskan hubungan" dengan China.
"AS bersedia bersama-sama China untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara semasa pertemuan mereka di San Francisco, melakukan komunikasi dengan ikhlas, mengelakkan kesalahfahaman, meningkatkan kerjasama, merancakkan interaksi, serta berhemah.
"Ini terutamanya menangani dan mengawal perselisihan supaya dapat bersama-sama menghadapi cabaran global yang mendesak dan mendorong hubungan AS-China berkembang dengan stabil," tambah beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hubungan AS-China
#Li Qiang
#Xi Jinping
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan