awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Instagram perluas kawalan algoritma Reels kepada pengguna global berbahasa Inggeris
Puteri UMNO tegas 'survival' parti perlu evolusi
Permintaan tinggi kain gentian kaca jejaskan pengeluaran cip Apple, Qualcomm
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China beri amaran keras kepada diplomat AS di Hong Kong

Agensi
Agensi
02/10/2025
22:30 MYT
China beri amaran keras kepada diplomat AS di Hong Kong
Cui menetapkan empat larangan kepada Eadeh termasuk tidak bertemu individu yang “tidak sepatutnya ditemui”, tidak bersekongkol dengan kumpulan anti-China, tidak menghasut atau membiayai sebarang kegiatan yang menjejaskan kestabilan Hong Kong Kong.
HONG KONG: China memberi amaran keras kepada diplomat baharu Amerika Syarikat di Hong Kong agar tidak mencampuri urusan dalaman wilayah itu, hanya beberapa minggu selepas beliau memulakan tugas.
Menurut kenyataan Pejabat Pesuruhjaya Kementerian Luar China di Hong Kong pada Khamis (2 Okt), Pesuruhjaya Cui Jianchun telah bertemu Konsul Jeneral AS, Julie Eadeh pada Selasa lalu bagi menyuarakan bantahan rasmi terhadap tindakannya sejak memegang jawatan pada Ogos.
Eadeh, yang dilantik sebagai Konsul Jeneral AS untuk Hong Kong dan Macau pada hujung Ogos lalu, mencetuskan kemarahan pihak pro-Beijing selepas beberapa tokoh pembangkang termasuk Anson Chan dan Emily Lau hadir dalam satu majlis anjuran konsulat.
Dalam pertemuan itu, Cui menetapkan empat larangan kepada Eadeh: tidak bertemu individu yang “tidak sepatutnya ditemui”, tidak bersekongkol dengan kumpulan anti-China, tidak menghasut atau membiayai sebarang kegiatan yang menjejaskan kestabilan Hong Kong serta tidak campur tangan dalam kes keselamatan negara di wilayah tersebut.
Eadeh sebelum ini pernah berkhidmat sebagai diplomat AS di Hong Kong pada 2019, ketika bandar itu digegarkan protes besar-besaran yang adakalanya bertukar ganas.
Beliau dilaporkan pernah bertemu dengan aktivis terkenal, Joshua Wong dan Nathan Law yang kemudian dijadikan hujah oleh media pro-Beijing untuk menuduhnya sebagai dalang mencetuskan kekacauan.
Akhbar Ta Kung Pao dan Wen Wei Po berulang kali melabel Eadeh sebagai “perancang utama huru-hara di Hong Kong”, malah dalam dua minggu kebelakangan ini, pejabat hal ehwal Hong Kong China turut berkongsi semula rencana-rencana akhbar yang mengkritiknya.
Cui dalam pertemuan itu menegaskan agar diplomat AS berkenaan “mematuhi norma asas hubungan antarabangsa termasuk prinsip tidak campur tangan dalam urusan dalaman dan memutuskan hubungan dengan kumpulan anti-China”.
Sementara itu, satu lagi isu utama yang terus menimbulkan pertikaian antara Beijing dan Washington di Hong Kong adalah kes mogul media Jimmy Lai, yang berdepan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan bersekongkol dengan kuasa asing di bawah undang-undang keselamatan negara.
Pendahulu Eadeh, Gregory May sebelum ini memaklumkan, Presiden AS, Donald Trump, “amat prihatin” terhadap nasib Lai yang masih dipenjara menunggu keputusan perbicaraannya sejak Ogos lalu.
Namun, pihak berkuasa Hong Kong menegaskan, Lai telah diberi perbicaraan adil dan mendapat rawatan perubatan mencukupi sepanjang dalam tahanan. - Agensi
Topic Berkaitan
#china beri amaran
#diplomat AS
#Julie Eadeh
#bantahan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan