Skip to main content

Malaysia

Polis buru empat lelaki samun bersenjata di Sungai Pelek

SEPANG, 20 Jun -- Ketua Polis Daerah Sepang Norhizam Bahaman bercakap pada sidang media kejayaan tangkapan dan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM36,500 di daerah Sepang di Ibu Pejabat Daerah Sepang hari ini.  --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Norhizam berkata kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan jika disabitkan kesalahan. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera selepas disamun sekumpulan empat lelaki bersenjata dalam kejadian di kawasan perumahan Taman Aman, Sungai Pelek, Selangor, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.30 pagi.

Advertisement

"Ketika kejadian mangsa berusia 35 tahun yang juga seorang lelaki warga tempatan berada di rumah bersama keluarganya sebelum didatangi beberapa suspek dipercayai seramai empat orang yang bersenjata.

"Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat diserang suspek.

"Mangsa kemudiannya menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norhizam berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Katanya, usaha mengesan dan menangkap semua suspek sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Hussaini Helmee di talian 019-8966292 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Must Watch Video