INTERNATIONAL
China bertindak balas, naikkan tarif import 84 peratus kepada AS

Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negara dalam pengumuman pada Rabu memaklumkan, China meningkatkan tarif dari 34 peratus kepada 84 peratus, berkuat kuasa pada 10 April. - Foto/Fail/Fang Dongxu/FeatureChina/AP
BEIJING: China akan memperkenalkan tarif tambahan ke atas semua barang import dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindakan balas terhadap negara 'Uncle Sam' itu yang mengenakan tarif timbal balik.
Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negara dalam pengumuman pada Rabu memaklumkan, China meningkatkan tarif dari 34 peratus kepada 84 peratus, berkuat kuasa pada 10 April.
Suruhanjaya itu menambah, peningkatan tarif AS ke atas China adalah satu lagi kesilapan, yang secara serius melanggar hak dan kepentingan sah republik itu, serta merosakkan sistem perdagangan multilateral yang berasaskan peraturan.
Dalam pengumuman tersebut, Suruhanjaya Tarif Kastam menyebut pematuhan dengan undang-undang domestik, termasuk undang-undang tarif, serta prinsip asas undang-undang antarabangsa dalam menaikkan tarif.
.
Pentadbiran Donald Trump minggu lalu, mengumumkan dasar tarif baharu secara menyeluruh, selain memberi amaran kepada negara lain agar tidak melakukan tindak balas.Beberapa negara, termasuk Jepun dilihat bersedia berunding berhubung tarif berkenaan, namun China mengambil pendirian lebih tegas dan segera mengumumkan tarif timbal balasnya.
Semua barangan import dari China dikenakan tarif sebanyak 104 peratus oleh AS, berkuat kuasa hari ini (Rabu).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami