BEIJING: Presiden China, Xi Jinping, menekankan peri pentingnya untuk menggalakkan pembangunan modenisasi yang berteraskan simbiosis antara manusia dengan alam sekitar dalam usaha membina 'China yang Indah'.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) itu menyifatkan lima tahun akan datang sebagai tempoh penting bagi pembinaan 'China yang Indah'.
"Pelbagai pihak perlu mengamalkan fahaman tamadun ekologi sosialisme bercirikan China pada era baharu, menegakkan konsep pembangunan China yang berpaksikan rakyat dan konsep Gunung Hijau dan Air Jernih Ibarat Gunung Emas dan Perak.
"Selain itu, pelbagai pihak juga perlu menyokong pembangunan berkualiti tinggi yang berdasarkan pewujudan persekitaran ekologi berkualiti tinggi," kata Xi.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Perlindungan Ekologi dan Alam Sekitar Kebangsaan yang melabuhkan tirainya pada Selasa.
Xi juga menyeru pelbagai pihak berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani masalah pencemaran di negara ini.
"Usaha perlu dipercepatkan untuk mendorong transformasi pembangunan yang hijau dan rendah karbon, membentuk corak pengeluaran dan gaya hidup yang mesra alam dan mencapai wawasan kemuncak pelepasan karbon dioksida dan status neutral karbon.
"Usaha juga diperlukan ke arah pembentukan sistem tenaga yang bersih, rendah karbon, selamat dan cekap serta sistem kuasa elektrik jenis baharu," kata Xi.
Pada masa sama, Xi juga meminta semua pihak meningkatkan keupayaan dalam menjamin keselamatan minyak dan gas, menjaga keselamatan ekologi, nuklear dan radiasi.
"Ini adalah untuk memastikan persekitaran dan suasana semula jadi yang disifatkan sebagai asas bagi hidup dan pembangunan tidak terancam atau rosak," kata Presiden.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
Presiden China, Xi Jinping, menekankan peri pentingnya untuk menggalakkan pembangunan modenisasi yang berteraskan simbiosis antara manusia dengan alam sekitar dalam usaha membina 'China yang Indah'. - Foto fail/AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.
Lawatan kerja: Xi Jinping bawa suara baharu kepada Global Selatan - PM
Presiden China Xi Jinping telah membawa "suara baharu" kepada Global Selatan dan masyarakat antarabangsa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar tiba di Beijing, dijadual jumpa Presiden China esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing petang ini untuk meneruskan lawatan kerja ke China yang bermula dari 4 hingga 7 November 2024.
Minat syarikat China untuk melabur di Malaysia meningkat - PM Anwar
Terdapat peningkatan minat dalam kalangan pelabur-pelabur dari China untuk meneroka pelaburan di Malaysia hasil lawatan kerja Perdana Menteri.
Xi, Modi adakan pertemuan rasmi pertama dalam tempoh 5 tahun
Kedua-dua pemimpin bertemu dalam pertemuan rasmi pertama mereka dalam tempoh lima tahun di luar Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia.
BRICS 2024: Xi, Putin bertemu di Kazan
Presiden China Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin di Istana Kremlin.
Presiden baharu Indonesia, Prabowo terima kunjungan Naib Presiden China
China sedia bersinergi dengan Indonesia di bawah kepimpinan dan bimbingan ketua negara itu yang baharu.
Xi Jinping ucap tahniah kepada Prabowo atas pelantikan sebagai Presiden Indonesia
Tahun depan menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dan Indonesia, yang akan menyediakan peluang baharu bagi memajukan kerjasama dua hala, kata Xi.