Skip to main content
Advertisement

Dunia

China keluar amaran merah Taufan Noul

Pekerja membersihkan pokok yang tumbang di atas jalan raya susulan Taufan Noul di Hong Kong, China. - Foto REUTERS
Pekerja membersihkan pokok yang tumbang di atas jalan raya susulan Taufan Noul di Hong Kong, China. - Foto REUTERS

Advertisement

Advertisement

BEIJING: Balai cerap kebangsaan China pada Sabtu mengaktifkan amaran merah -- tahap tertinggi dalam sistem amaran taufan negara itu -- ketika Taufan Noul semakin menghampiri, lapor Xinhua.

Taufan Noul, taufan ke-12 tahun ini, diramal membadai pantai wilayah Guangdong di selatan China, menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC).

Setakat 10 malam Sabtu, pusat taufan itu berada kira-kira 100 kilometer (km) di luar pesisir tenggara Daerah Huidong di bandar Huizhou, Guangdong, dengan kekuatan angin maksimum berhampiran pusatnya mencapai tahap 14, menurut NMC.

Advertisement

NMC meramalkan Taufan Noul akan bergerak ke arah barat laut pada kelajuan kira-kira 20 km sejam dan terus bertambah kuat.

Selepas melanda daratan, taufan itu dijangka beralih ke arah utara-barat laut dan beransur-ansur lemah.

Advertisement

Pada awal hari yang sama, Ibu Pejabat Kawalan Banjir dan Bantuan Kemarau Negara meningkatkan tahap tindak balas kecemasan bagi kawalan banjir dan taufan di wilayah Guangdong kepada Tahap III.

Ia turut mengaktifkan tindak balas kecemasan banjir Tahap IV bagi wilayah Jiangxi dan Hunan.

China mempunyai sistem amaran cuaca empat peringkat berkod warna bagi taufan, dengan merah mewakili tahap paling teruk, diikuti jingga, kuning dan biru.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement