awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China lancar pelan 2025 untuk tingkatkan literasi digital dan kemahiran

Bernama
Bernama
27/04/2025
13:30 MYT
China lancar pelan 2025 untuk tingkatkan literasi digital dan kemahiran
Menjelang akhir 2025, China menyasarkan untuk meningkatkan tahap celik digital secara ketara di seluruh negara, membina sistem latihan kemahiran digital yang kukuh, serta memperluaskan penyediaan sumber digital. - Gambar fail/Amanz
BEIJING: Dalam usaha memperkasa tenaga kerja digital dan ekonomi negaranya, China mengeluarkan satu pelan baharu yang menggariskan keutamaan untuk meningkatkan literasi digital dan kemahiran nasional menjelang 2025, lapor Xinhua.
Dokumen itu yang dikeluarkan baru-baru ini oleh empat agensi kerajaan termasuk Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Siber Pusat dan Kementerian Pendidikan menggariskan agenda yang luas, menurut pihak berkuasa pada Ahad.
Pelan itu menyeru pembangunan sistem menyeluruh untuk membangunkan bakat digital, memperluaskan potensi pertumbuhan ekonomi digital, dan membina masyarakat digital yang lebih inklusif.
Keutamaan lain termasuk mewujudkan gaya hidup digital yang lebih pintar, mempromosikan ruang siber yang selamat dan teratur, serta memperkukuh kerjasama pelbagai pihak dan kerjasama antarabangsa.
Berhubung kecerdasan buatan (AI), pelan itu menekankan keperluan memperluas aplikasi AI dan menambah baik rangka kerja tadbir urus AI.
Menjelang akhir 2025, China menyasarkan untuk meningkatkan tahap celik digital secara ketara di seluruh negara, membina sistem latihan kemahiran digital yang kukuh, serta memperluaskan penyediaan sumber digital.
Sasaran tambahan termasuk menambah bilangan tenaga kerja digital, meningkatkan keupayaan digital pekerja, merapatkan jurang kemahiran antara kumpulan demografik berbeza, dan memupuk persekitaran digital yang lebih inklusif, pintar dan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#keupayaan digital
#agensi kerajaan
#kemahiran nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan