BEIJING: China melarang kanak-kanak negara itu daripada bermain permainan dalam talian (online games) lebih daripada 3 jam seminggu.
Agensi berita AP melaporkan, larangan itu adalah yang paling ketat ke atas industri permainan, seiring usaha penguat kuasa undang-undang memantau sektor teknologi dengan lebih serius.
Bermula 1 September, kanak-kanak di negara itu kini hanya boleh bermain permainan dalam talian antara jam 8 hingga 9 malam pada Jumaat, hujung minggu dan cuti umum, menurut satu notis daripada pihak berkuasa.
Peraturan itu mengehadkan waktu permainan itu kepada tiga jam seminggu sepanjang tahun. Had waktu itu berkurangan lagi berbanding peraturan yang ditetapkan pada tahun 2019, iaitu membolehkan kanak-kanak di bawah umur bermain permainan tersebut selama satu setengah jam sehari dan tiga jam pada cuti umum.
Peraturan baharu itu ternyata menjejaskan beberapa syarikat teknologi terbesar China, termasuk gergasi permainan online, Tencent, yang popular menerusi permainan berbilang pemain, Honor of Kings, serta syarikat NetEase.
Harga saham Tencent telah ditutup pada paras 0.6% iaitu HK$465.80 pada Isnin susulan pengumuman itu. Penguasaan pasaran sejumlah $573 bilion kini merosot kepada $300 bilion. Penurunan itu sama dengan jumlah nilai Nike Inc atau Pfizr Inc.
Larangan bermain permainan itu adalah sebahagian daripada pemantauan ketat dan penguatkuasaan ke atas syarikat teknologi, berikutan kebimbangan bahawa firma teknologi meninggalkan pengaruh besar dalam masyarakat.
Awal bulan ini, Tencent berkata, pihaknya akan mengehadkan waktu bermain kanak-kanak bawah umur kepada sejam setiap hari dan dua jam ketika cuti umum, serta melarang kanak-kanak di bawah usia 12 tahun membuat pembelian dalam permainan.
Syarikat itu mengenakan peraturan tersebut selepas tersiar satu laporan dalam akhbar pemerintah, yang mendakwa industri permainan dalam talian kini menjadi ‘ketagihan spiritual’.
Pihak berkuasa berkata, mereka akan meluaskan pemantauan dan meningkatkan kekerapan pemeriksaan ke atas syarikat permainan dalam talian untuk memastikan peraturan baharu itu dipatuhi.
Agensi
Wed Sep 01 2021
Seorang kanak-kanak bermain senjata mainan dalam sebuah acara mempromosi permainan dalam talian di Beijing. - AP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
China larang kanak-kanak bawah umur bermain 'online games' lebih 3 jam seminggu
Syarikat teknologi kini dalam pemantauan ketat pihak berkuasa China berikutan dakwaan permainan 'online' menjejaskan kanak-kanak.