Presiden China Xi Jinping dan pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi bertemu dalam satu majlis menandatangani memorandum untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.
Memetik laporan media tempatan, kedua-dua negara itu menandatangani memorandum persefahaman dan protokol yang merangkumi 33 projek.
Projek-projek tersebut merangkumi bidang maklumat, industri, pertanian, keselamatan dan penempatan semula rakyat.
Antara projek paling signifikan adalah perjanjian konsesi dan perjanjian saham bagi Zon Ekonomi Khas Kyaukphyu.
Lawatan Xi pada Sabtu menandakan ulang tahun ke-70 terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara ini.
Astro Awani
Sat Jan 18 2020

Aung San (kanan) dan Xi Jinping berjabat tangan selepas menandatangani memorandum persefahaman di kediaman presiden di Naypyitaw, Myanmar, 18 Jan, 2020. (Foto AP)

Biar sikit janji berkat - Rafidah Aziz
Tokoh politik veteran, Tan Sri Rafidah Aziz meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila masyarakat hari ini menganggap rasuah sebagai satu budaya dalam kehidupan mereka.

Komuniti | Kecekalan ibu tunggal bernama Norlela
Pepatah Melayu ada mengatakan, sudah jatuh ditimpa tangga. Ini derita yang harus ditanggung seorang ibu tunggal, Norlela Bujang, 50 tahun. Norlela yang kini tinggal bersama-sama anaknya, yang berusia 10 tahun, bukan sahaja tidak bekerja tetap, malah semakin hilang upaya akibat sakit kencing manis yang dialaminya sejak 12 tahun lalu. Sakit itu menyebabkannya tidak mampu bergerak bebas, apatah lagi setelah telapak kakinya dipotong dua tahun lalu.

Hari Wanita 2021 | Sahut cabaran kerjaya didominasi lelaki
Prinsip itu menjadi pegangan Pegawai Bomba Dan Penyelamat Tabuan Jaya Samantha Echa Sigat. Bagi wanita berusia 33 tahun itu, jantina bukan penghalang untuk berjaya terutama dalam bidang yang didominasi kaum lelaki. Meskipun menyedari tugasan yang digalas bukanlah mudah tetapi ia dijadikan pembakar semangat untuk dirinya.

Cuaca panas: Penggunaan eletrik melonjak kepada 18,035 MW, tertinggi tahun ini
Untuk rekod, pengunaan tertinggi direkodkan adalah 18,808MW pada 10 Mac 2020, lapan hari sebelum PKP mula dilaksanakan.

Vaksin COVID-19: Polis sedang lengkapkan siasatan berhubung 'potong barisan'
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu.

Djokovic atasi rekod Federer sebagai pemain nombor satu paling lama
Dengan Federer sudah menjangkau usia 40 tahun dan Nadal tua setahun daripadanya, pemain berusia 33 tahun itu masih mempunyai masa untuk mencipta lebih banyak sejarah.

Polis keluar 5 saman trafik terhadap pelajar hina guru dan pemilik motosikal
Polis sudah menerima laporan berhubung tindakan pelajar berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Lelaki terjun bangunan, 4 direman dalam operasi AADK
10 individu yang ditahan dalam operasi AADK didapati positif dadah pelbagai jenis.

Kes wanita mati dijerut: Lelaki berusia 57 tahun direman enam hari
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata suspek ditahan malam tadi bagi membantu siasatan.

Penunggang motosikal berpaut pada pintu lori selepas dilanggar, isteri maut
Penunggang motosikal berpaut pada pintu lori sejauh 11 kilometer selepas dilanggar oleh lori berkenaan.

Kyal Sin diangkat sebagai 'Puteri Demokrasi Myanmar'
Pemergian seorang remaja berusia 19 tahun di Myanmar selepas ditembak pada kepala ketika menyertai demonstrasi antikudeta pada Rabu mengundang kesedihan masyarakat dunia.

Majlis Keselamatan PBB desak tindakan tegas henti keganasan di Myanmar
United Kingdom (UK) antara negara yang mengecam keganasan berterusan di Myanmar susulan rampasan kuasa tersebut.

AS senarai hitam beberapa lagi entiti komersial, kementerian di Myanmar
Jabatan itu turut mengumumkan langkah-langkah kawalan eksport yang lebih ketat terhadap Myanmar.

Hari paling berdarah di Myanmar, 38 penunjuk perasaan terbunuh
38 terkorban di Myamar pada Rabu dalam kejadian yang disifatkan PBB sebagai hari paling berdarah sejak rampasan kuasa berlaku.

Aung San Suu Kyi dikenakan dua tuduhan jenayah baharu
Pertuduhan baharu ke atas Suu Kyi ialah melanggar undang-undang komunikasi dan berniat untuk menimbulkan rusuhan orang ramai.

ASEAN perlu lebih proaktif bantu pemulihan Myanmar - Hishammuddin
Amat penting untuk ASEAN mengetuai perbincangan yang telus dan berunding secara konstruktif dengan Myanmar dan semua pihak berkepentingan.

Tunjuk perasaan: PBB terima maklumat 18 maut di Myanmar
Pimpinan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan mereka menerima laporan bahawa setakat ini 18 orang terbunuh manakala 30 yang lain cedera di Myanmar.

Polis Myanmar lempar bom tangan, lepas tembakan untuk lerai tunjuk perasaan
Pasukan polis memperketatkan kawalan di sekitar bandar Yangon susulan tunjuk perasaan yang dihadiri ratusan rakyat.

Rampasan kuasa: Duta Myanmar ke PBB dipecat
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dipecat susulan kenyataan terbukanya mengecam junta tentera.

Duta Myanmar ke PBB lantang rampasan kuasa junta Myanmar
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) secara terbuka membantah rampasan kuasa yang berlaku di negara itu.