Skip to main content

Malaysia

JIM KL rekod 845 pertuduhan, kompaun RM10.04 juta setakat Jun

61755493796_JabatanImigresen.jpg
Jabatan Imigresen (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 845 pertuduhan membabitkan 801 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dari Januari hingga 30 Jun. - Foto hiasan
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 845 pertuduhan membabitkan 801 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dari Januari hingga 30 Jun.

Pengarahnya Hamsha Injau berkata daripada jumlah itu, kesalahan di bawah Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63, iaitu tinggal melebihi tempoh mencatatkan jumlah tertinggi dengan 556 pertuduhan.

Beliau berkata bagi tempoh sama, pihaknya mengutip kompaun berjumlah RM10.04 juta atas pelbagai kesalahan di bawah akta itu.

“Tindakan penguatkuasaan akan dibuat secara berterusan tanpa kompromi terhadap mereka yang melanggar undang-undang imigresen termasuk majikan, pemilik premis dan individu yang melindungi atau menggaji pendatang tanpa izin,” katanya. 

Hamsha berkata demikian pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru semua pendatang tanpa izin menyertai Program Repatriasi Migran 2.0 yang berlangsung hingga 31 Mei 2027.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement