awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China, Rusia perkasa kerjasama antara badan perundangan

Bernama
Bernama
23/11/2023
12:50 MYT
China, Rusia perkasa kerjasama antara badan perundangan
Xi berkata beliau ingin melihat Parlimen Rusia dan NPC China terus mempergiat pertukaran pengalaman dalam bidang perundangan. - Gambar FB Wang Wenbin Chinese Foreign Ministry sp
BEIJING: Kerjasama lebih erat antara badan perundangan China dan Rusia berperanan penting dalam memastikan hubungan dua negara terus berkembang mantap, kata Presiden China Xi Jinping.
Beliau berkata demikian ketika bertemu Pengerusi Dewan Duma Rusia Vyacheslav Volodin di sini, pada Rabu.
Xi berkata beliau ingin melihat Parlimen Rusia dan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China terus mempergiat pertukaran pengalaman dalam bidang perundangan.
"Fungsi jawatankuasa khas serta kumpulan persahabatan dari badan perundangan kedua-dua negara hendaklah dioptimumkan sebagai menyediakan sokongan undang-undang kepada kerjasama dua hala," kata beliau.
Presiden China itu turut menyeru badan berkenaan bertindak bersama dalam memastikan penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Kesatuan Ekonomi Eurasia.
Perlunya memperkasa koordinasi dan kolaborasi dalam platform pelbagai hala seperti Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), BRICS dan Kumpulan 20 (G20), kata Xi.
Dalam pada itu, Volodin berkata semua pihak di Dewan Duma senada dalam memantapkan jalinan hubungan muhibah dengan China.
Menurut beliau, Rusia bersedia bersama China mengukuhkan pertukaran dan kerjasama antara badan perundangan dan parti politik, melaksanakan konsensus dicapai ketua negara, serta mengeratkan lagi persahabatan dan rasa saling percaya dalam kalangan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#memperkasa koordinasi
#memantapkan jalinan
#hubungan muhibah
#BRICS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan