Skip to main content

Sukan

Masters Jepun: Lee Zii Jia pulang awal

Zii Jia  tewas menerusi aksi straight set, 15-21, 10-21, dalam tempoh 32 minit. - Foto Stadium Astro
Zii Jia tewas menerusi aksi straight set, 15-21, 10-21, dalam tempoh 32 minit. - Foto Stadium Astro
Advertisement

PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, terpaksa akur pulang awal selepas tewas kepada wakil tuan rumah, Minoru Koga, dalam perlawanan pusingan kelayakan, Kejohanan Badminton Masters Jepun 2026 di Gimnasium Wilayah Kumamoto, hari ini.

Wakil negara di ranking ke-40 dunia itu tewas menerusi aksi straight set, 15-21, 10-21, dalam tempoh 32 minit di kejohanan berstatus Super 500 itu.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi kelayakan menyaksikan beregu lelaki profesional negara, Chia Weijie-Teo Ee Yi, menewaskan wakil China, Lin Xiang Yi-Zeng Wei Han, dalam aksi straight set, 21-15,21-18.
 -- Stadium Astro

Must Watch Video

Advertisement