awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China sedia mantapkan kerjasama perdagangan dengan ASEAN

Bernama
Bernama
10/04/2025
21:00 MYT
China sedia mantapkan kerjasama perdagangan dengan ASEAN
Wang berkata tindakan AS melaksanakan tarif timbal balik merupakan amalan buli sepihak yang tipikal. - Foto REUTERS
BEIJING: Menteri Perdagangan China Wang Wentao mengadakan perbincangan secara maya dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Rabu.
Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan secara mendalam mengenai kerjasama perdagangan China-Malaysia serta China-ASEAN, tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) dan sebagainya.
Wang berkata tindakan AS melaksanakan tarif timbal balik merupakan amalan buli sepihak yang tipikal.
Ia bukan sahaja merosakkan kepentingan AS sendiri, tetapi juga mengancam pembangunan ekonomi serta kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global selain menjejaskan sistem perdagangan antarabangsa.
Beliau menyatakan kesediaan China untuk memperkukuh komunikasi dan koordinasi dengan semua rakan dagang termasuk ASEAN, menangani kebimbangan masing-masing menerusi dialog dan perundingan secara sama rata, serta mempertahankan sistem perdagangan multilateral.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata pihaknya bersedia bersama dengan China untuk menyokong multilateralisme serta pembangunan perdagangan global.
Menurut beliau Malaysia akan berbincang dengan negara ASEAN lain berhubung isu tarif AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#China
#ASEAN25
#taris AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan