Skip to main content

Teknologi

IKEA lancar koleksi perabot permainan video YXSTABY bersama Xbox di Malaysia

Kolaborasi yang mula diumumkan pada Ogos lalu itu menggabungkan kepakaran IKEA selama lebih 80 tahun dalam rekaan kelengkapan rumah bersama pengalaman 25 tahun Xbox dalam industri permainan video. -Foto Amanz
Kolaborasi yang mula diumumkan pada Ogos lalu itu menggabungkan kepakaran IKEA selama lebih 80 tahun dalam rekaan kelengkapan rumah bersama pengalaman 25 tahun Xbox dalam industri permainan video. -Foto Amanz

Ringkasan AI

  • IKEA Malaysia telah melancarkan koleksi kolaborasi YXSTABY bersama Xbox bermula 12 November, menawarkan lapan perabot dan aksesori dengan harga antara RM59 hingga RM499.
  • Koleksi ini merangkumi kusyen D-pad, pelantar monitor, kotak paparan pengawal, bangku kayu, pelantar televisyen beroda, kerusi permainan santai dan meja sisi beroda.
  • YXSTABY boleh didapati di laman sesawang rasmi IKEA Malaysia dan empat gedung di Semenanjung, manakala jualan di Sabah dan Sarawak bermula 27 November.
Advertisement

PERUNCIT perabot dari Sweden, IKEA secara rasmi mula menawarkan koleksi kolaborasi baharu bersama Xbox yang dikenali sebagai YXSTABY di pasaran Malaysia sejak 12 Nov lalu, lapor Amanz.

Kolaborasi yang mula diumumkan pada Ogos lalu itu menggabungkan kepakaran IKEA selama lebih 80 tahun dalam rekaan kelengkapan rumah bersama pengalaman 25 tahun Xbox dalam industri permainan video.

Menerusi semakan di laman sesawang rasmi IKEA Malaysia, sebanyak lapan perabot dan aksesori di bawah siri YXSTABY kini ditawarkan kepada pengguna tempatan pada harga bermula RM59 hingga RM499.

Advertisement

Antara produk yang disenaraikan termasuk kusyen D-pad pada harga RM59, selain pelantar monitor, pelantar komputer riba dengan ruang simpanan dan kotak paparan pengawal permainan bercermin yang masing-masing dijual pada harga RM99.

Koleksi tersebut turut merangkumi bangku kayu yang diinspirasikan daripada thumbstick pengawal Xbox pada harga RM169, pelantar televisyen beroda dan kerusi permainan santai yang masing-masing ditawarkan pada harga RM399, serta meja sisi beroda berharga RM499.

Advertisement

Kesemua rangkaian perabot dan aksesori YXSTABY itu kini boleh didapati secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi IKEA Malaysia serta di empat gedung fizikal di Semenanjung Malaysia iaitu IKEA Damansara, Cheras, Tebrau dan Batu Kawan.

Sementara itu, jualan fizikal serta perkhidmatan penghantaran bagi tempahan koleksi berkenaan untuk pengguna di Sabah dan Sarawak dijadualkan bermula pada 27 Nov ini, selari dengan pembukaan rasmi gedung pertama IKEA di Malaysia Timur iaitu IKEA Kuching di Batu Kawa, Sarawak.

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah koleksi YXSTABY yang ditawarkan oleh IKEA dan Xbox? 
    A: Koleksi YXSTABY adalah hasil kolaborasi IKEA dan Xbox yang menawarkan lapan perabot dan aksesori berkaitan permainan video, termasuk kusyen D-pad, pelantar monitor, pelantar komputer riba, kotak paparan pengawal, bangku kayu, pelantar televisyen beroda, kerusi permainan santai, dan meja sisi beroda.
  • Q: Berapakah harga produk dalam koleksi YXSTABY di Malaysia? 
    A: Harga produk dalam koleksi YXSTABY bermula dari RM59 hingga RM499.
  • Q: Di mana pengguna boleh membeli koleksi YXSTABY di Malaysia? 
    A: Koleksi YXSTABY boleh dibeli secara dalam talian di laman sesawang rasmi IKEA Malaysia dan di empat gedung fizikal di Semenanjung Malaysia iaitu IKEA Damansara, Cheras, Tebrau, dan Batu Kawan.
  • Q: Bilakah koleksi YXSTABY akan mula dijual di Sabah dan Sarawak? 
    A: Jualan fizikal dan perkhidmatan penghantaran koleksi YXSTABY untuk Sabah dan Sarawak akan bermula pada 27 November, bersempena pembukaan rasmi IKEA Kuching di Batu Kawa, Sarawak.
  • Q: Apakah inspirasi rekaan untuk beberapa produk dalam koleksi YXSTABY? 
    A: Beberapa produk dalam koleksi YXSTABY diinspirasikan daripada elemen pengawal Xbox, seperti bangku kayu yang diinspirasikan daripada thumbstick pengawal Xbox.

Must Watch Video

Advertisement