Ringkasan AI
- Astro AWANI memenangi anugerah Best AI Application (Audio) di Asian Television Awards ke-31 menerusi karya "Semboyan Berlagu" untuk liputan PRN Sabah.
- Karya tersebut menampilkan penggunaan teknologi AI secara kreatif dalam penghasilan muzik dan audio, memperkukuh identiti serta penceritaan kandungan tempatan.
- Promo ‘Negeri Sembilan Memilih’ turut mara sebagai finalis kategori Best AI Application (Synthetic Cinematography), menandakan dua pengiktirafan buat Astro AWANI tahun ini.
ASTRO AWANI melakar satu lagi pencapaian di peringkat antarabangsa apabila merangkul anugerah Best AI Application (Audio) di Asian Television Awards (ATA) ke-31, yang berlangsung di Ho Chi Minh City, Vietnam.
Kemenangan tersebut diraih menerusi karya "Semboyan Berlagu", lagu tema khas yang dihasilkan bagi liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah oleh Astro AWANI.
Karya ini mengetengahkan penggunaan teknologi AI dalam penghasilan muzik dan audio dengan menggabungkan kreativiti, pengarahan serta sentuhan manusia bagi menghasilkan sebuah karya yang menyokong penceritaan dan identiti liputan pilihan raya.
Walaupun pasukan Astro AWANI tidak berkesempatan hadir ke Vietnam untuk menerima trofi secara langsung, kemenangan ini tetap membawa makna besar sebagai pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen pasukan dalam meneroka pendekatan kreatif baharu.
Pencapaian tersebut turut mencerminkan potensi penggunaan teknologi AI secara kreatif dan bertanggungjawab dalam industri penyiaran, khususnya bagi memperkukuh kualiti serta nilai produksi kandungan tempatan.
Selain kemenangan tersebut, promo ‘Negeri Sembilan Memilih’ turut berjaya mara sebagai finalis dalam kategori Best AI Application (Synthetic Cinematography), sekali gus menjadikan dua karya Astro AWANI menerima pengiktirafan pada edisi kali ini.
Kemenangan ini menjadi satu lagi pencapaian bermakna buat Astro AWANI dalam usaha memperkukuh inovasi, kreativiti serta penerokaan teknologi baharu dalam penghasilan kandungan penyiaran.
Asian Television Awards, yang diperkenalkan pada 1996, merupakan antara platform pengiktirafan berprestij dalam industri televisyen Asia, dengan meraikan kecemerlangan dalam penerbitan, produksi, kreativiti dan persembahan.
Edisi ke-31 yang berlangsung pada 13 hingga 14 November 2026 di Hoa Binh Theater, Ho Chi Minh City, menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai organisasi penyiaran, platform penstriman dan syarikat produksi di rantau Asia Pasifik.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah anugerah yang dimenangi oleh Astro AWANI di Asian Television Awards ke-31?
A: Astro AWANI memenangi anugerah Best AI Application (Audio) di Asian Television Awards ke-31 menerusi karya "Semboyan Berlagu". - Q: Apakah keistimewaan karya "Semboyan Berlagu" yang dihasilkan oleh Astro AWANI?
A: "Semboyan Berlagu" mengetengahkan penggunaan teknologi AI dalam penghasilan muzik dan audio, menggabungkan kreativiti, pengarahan serta sentuhan manusia untuk menyokong penceritaan dan identiti liputan pilihan raya. - Q: Apakah pencapaian lain Astro AWANI di Asian Television Awards ke-31 selain kemenangan utama?
A: Promo ‘Negeri Sembilan Memilih’ turut berjaya mara sebagai finalis dalam kategori Best AI Application (Synthetic Cinematography). - Q: Apakah makna kemenangan ini kepada pasukan Astro AWANI?
A: Kemenangan ini menjadi pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen pasukan dalam meneroka pendekatan kreatif baharu serta memperkukuh inovasi dan kreativiti dalam penghasilan kandungan penyiaran. - Q: Bilakah dan di mana Asian Television Awards ke-31 berlangsung?
A: Asian Television Awards ke-31 berlangsung pada 13 hingga 14 November 2026 di Hoa Binh Theater, Ho Chi Minh City, Vietnam.