awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS dalam proses lengkapkan prosedur pengambilan 200 bekas tentera
Phuket semak semula pengurusan sisa untuk pelancongan mampan
India puji keberanian Malaysia laksana reformasi buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China sedia rapatkan hubungan dengan negara Arab

Bernama
Bernama
30/05/2024
08:33 MYT
China sedia rapatkan hubungan dengan negara Arab
Xi menyatakan demikian semasa menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Peringkat Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab (CASCF). - Gambar fail
BEIJING: China komited bekerjasama dengan negara-negara Arab untuk membina hubungan China-Arab sebagai penanda dalam memelihara keamanan dan kestabilan dunia, kata Presiden China Xi Jinping.
Xi menyatakan demikian semasa menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Peringkat Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab (CASCF) dan menyampaikan ucaptama di Wisma Tamu Diaoyutai di sini pada Khamis.
Presiden berkata China ingin berganding bahu dengan negara-negara Arab untuk menghormati misi dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menghormati pilihan bebas rakyat di pelbagai negara dan menghormati realiti objektif yang lahir dalam pengembangan sejarah.
"Selain itu, kita harus mencari cara penyelesaian yang kondusif bagi isu-isu hangat di dunia demi memelihara keadilan dan kesaksamaan serta mewujudkan keamanan dan kestabilan berkekalan," kata Xi.
Beliau menyatakan bahawa melalui usaha bersama kedua-dua pihak, "lapan inisiatif kerjasama utama" untuk menggalakkan kerjasama praktikal antara China dan negara-negara Arab yang dianjurkan beliau sempena Sidang Kemuncak China-Arab pertama telah melakar hasil tuaian awal yang menggalakkan.
"Berdasarkan hasil tersebut, China bersedia membina 'lima kerangka kerjasama' dengan negara-negara Arab untuk mempercepat pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Arab," kata Xi.
Kerangka itu antara lain termasuk pembangunan dipacu inovasi yang lebih dinamik, pelaburan kewangan yang berskala lebih besar, kerjasama sumber tenaga yang lebih pelbagai, hubungan ekonomi dan perdagangan yang lebih seimbang serta pertukaran rakyat dengan rakyat yang lebih luas.
Xi berkata China berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai semasa Sidang Kemuncak China-Negara Arab pertama, di samping menzahirkan kesediaan untuk melonjakkan hubungan kedua-dua pihak ke tahap baharu.
Beliau turut mengumumkan bahawa China akan menganjurkan Sidang Kemuncak China-Negara Arab edisi kedua di negara ini pada tahun 2026.
Yang turut hadir pada majlis perasmian mesyuarat ini ialah Raja Bahrain Hamad bin Isa Al Khalifa, Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi, Presiden Tunisia Kais Saied, Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul-Gheit.
--BERNAMA-CMG
Topic Berkaitan
#China
#negara arab
#hubungan
#keamanan
#kestabilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan