awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China sifatkan lawatan Nancy Pelosi ke Taiwan 'sangat berbahaya'

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2022
00:15 MYT
China sifatkan lawatan Nancy Pelosi ke Taiwan 'sangat berbahaya'
Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi ketika tiba di Taipei pada Selasa. - Foto AP
CHINA sifatkan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi ke Taiwan sebagai sangat berbahaya.
Beijing menuduh Pelosi bermain dengan api dan memberi amaran mereka yang bertindak demikian akan musnah.
Kenyataan keras ini dikeluarkan selepas Pelosi, pemimpin politik paling kanan Amerika Syarikat, menjejakkan kaki ke Taiwan dalam tempoh 25 tahun.
Pelosi sebelum ini bertegas lawatan ke Taipei adalah bagi menghormati komitmen Amerika Syarikat ke atas demokrasi negara itu.
Lawatan itu juga tidak bercanggah dengan dasar Amerika Syarikat.
Sebaik mendarat, media China melaporkan pesawat pejuang tenteranya sudah melintasi perairan Taiwan.
Laporan itu dinafikan pada awalnya, namun Taipei kemudian mengesahkan lebih 20 pesawat tentera China memasuki zon pertahan udaranya pada Selasa.
BACA: Lawatan Pelosi: Pesawat pejuang China berlegar di ruang udara berhampiran sempadan Taiwan
Sejam selepas Pelosi tiba di Taiwan, Beijing mengumumkan tenteranya akan mengadakan latihan ketenteraan udara dan laut berhampiran Taiwan.
Ia beri amaran supaya kapal dan pesawat tidak memasuki kawasan terlibat.
Tentera China juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan Beijing mendakwa akan melancarkan operasi ketenteraan bersasar sebagai reaksi kepada lawatan Pelosi ke Taiwan.
Lawatan Pelosi | China: Kunjungan ke Taiwan berbahaya
Topic Berkaitan
#Nancy Pelosi
#China
#Taiwan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan