WASHINGTON: Bekas Setiausaha Akhbar White House Karoline Leavitt bakal menyertai rangkaian Fox News sebagai penyumbang siaran, menurut laporan The New York Times pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Leavitt akan menyertai saluran itu pada 1 Nov, menurut laporan itu.
Bekas setiausaha akhbar itu dijangka tampil sebagai penganalisis di pelbagai program Fox News, termasuk rancangan pandangan dan berita, menurut laporan itu lagi.
Pada 12 Ogos, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata Leavitt akan melepaskan jawatannya untuk meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anaknya yang masih kecil serta keluarga.
Leavitt kemudian berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai penasihat luar utama kepada presiden.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI