awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China sokong permohonan negara selatan global sertai BRICS

Luqman Hariz
Luqman Hariz
24/10/2024
12:19 MYT
China sokong permohonan negara selatan global sertai BRICS
Xi Jinping (kiri) berkata, gelombang pemodenan negara selatan global yang sedang berlaku sekarang adalah satu fenomena yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah. - Foto: Ramil Sitdikov
KAZAN: China menyokong permohonan negara-negara selatan global untuk menyertai BRICS.
Presidennya, Xi Jinping berkata, gelombang pemodenan negara selatan global yang sedang berlaku sekarang adalah satu fenomena yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah.
"China sentiasa mengambil berat dan menyokong negara selatan global, dan menyokong lebih banyak negara selatan global untuk menyertai visi BRICS, yang bermakna menjadi anggota penuh.
“Ini bagi mengumpulkan kekuatan selatan global dan bersama-sama mempromosikan pembinaan komuniti global bersama,” katanya.
Xi berkata demikian dalam ucapannya pada hari ketiga Sidang Kemuncak BRICS ke-16 di sini hari ini.
Peluasan keanggotaan merupakan antara tumpuan utama BRICS tahun ini, dengan sidang kali ini menyaksikan kehadiran paling banyak negara pemerhati.
"Pemodenan kolektif negara-negara selatan global adalah peristiwa besar dalam sejarah dunia yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam kemajuan tamadun manusia.
“Pada masa yang sama, keamanan dan pembangunan global masih menghadapi cabaran yang besar. Landasan untuk membangunkan selatan global tidak akan mudah dan lancar,” katanya.
BRICS ditubuhkan oleh Brazil, Rusia, India dan China pada 2009, sebelum disertai Afrika Selatan pada 2010.
Mesir, Ethiopia, Iran dan Emiriah Arab Bersatu menjadi ahli terbaharu bermula 1 Januari 2024.
Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat negara untuk menyertai BRICS dalam perbualan bersama Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva.
Untuk menjadi anggota BRICS, sesebuah negara perlu mendapat persetujuan semua negara anggota sedia ada.
Topic Berkaitan
#BRICS
#China
#negara selatan
#sidang kemuncak
#Xi Jinping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan