Indonesia mencatatkan 14 kematian baharu akibat wabak COVID-19 pada Rabu menjadikan jumlah terkorban keseluruhan berjumlah 19 kes.

Ini merupakan rekod kematian tertinggi setakat ini di negara itu.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan COVID-19, Achmad Yurianto turut memaklumkan, 55 kes positif COVID-19 turut direkodkan pada Rabu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara itu adalah 227 kes dan kesemua mereka kini sedang menerima rawatan di hospital.

Tambahnya, manakala daripada jumlah itu, 11 kes sudah dibenarkan discaj.

Semalam, Indonesia mencatatkan 38 kes baharu positif COVID-19 melibatkan Provinsi Jakarta, Jawa Timur, dan Jawa Tengah.

BACA: Menteri Perhubungan Indonesia disahkan positif COVID-19

BACA: COVID-19: Kes positif di Indonesia terus meningkat