ANGKA jangkitan baharu positif COVID-19 dunia terus meningkat dengan lebih 260,000 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah kumulatif global melepasi angka 25.58 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.06 juta kes jangkitan.

Ini diikuti brazil dengan 3.9 juta kes, manakala india merekodkan 3.69 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula menghampiri angka sejuta.

Sementara itu, Peru, Afrika Selatan, Colombia dan Mexico melepasi angka setengah juta kes.

Enam negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Sepanyol, Chile, Argentina, Iran, United Kingdom, Perancis, Arab Saudi dan Bangladesh.

Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Pakistan, Turki, Itali, Jerman, Iraq dan Filipina.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 adalah Indonesia, Kanada, Qatar, Ukraine, Bolivia, Ecuador dan Kazakhstan.

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.