ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia berdasarkan data Johns Hopkins Universiti, kini menghampiri 1.7 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 317,000 kes.

Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan angka kematian lebih 100,000 kes.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, United Kingdom, Perancis, Iran dan Rusia.

Manakala negara yang merekodkan angka 30,000 sehingga 50,000 kematian adalah Sepanyol, Argentina, Colombia dan Peru.

Jerman, Poland dan Afrika Selatan pula mencatat kes kematian lebih 20,000.

Indonesia, Belgium, Turki, Chile dan Ukraine antara negara yang merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.



Sementara itu, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 76.69 juta.

Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data menunjukkan AS terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 17.8 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 10 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 7.21 juta kes.

Negara yang melepasi angka dua juta kes adalah Rusia, Perancis, United Kingdom dan Turki.

Manakala Itali, Sepanyol, Argentina, Jerman, Colombia, Mexico, Poland dan Iran mencatat lebih sejuta kes.

Peru, Ukraine, Afrika Selatan, Belanda, Indonesia, Belgium, Romania, Chile, Iraq, Kanada dan Bangladesh pula merekodkan angka lebih setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 sehingga 500,000 kes adalah Filipina, Pakistan, Maghribi, Switzerland, Israel, Portugal, Sweden, Arab Saudi, Austria, Hungary dan Serbia.

Sementara itu sebanyak 35 buah negara lain merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 sehingga 300,000 kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 100,000.