ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia mencatatkan kenaikan 2,000 kes dalam masa 24 jam dengan kumulatif kematian melepasi 373,000 kes.

Menurut statistik dari Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 104,000 kes.

United Kingdom dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan lebih 39,000 dan 33,000 kes kematian.




Sementara itu Brazil, Perancis dan Sepanyol mempunyai jumlah korban lebih 20,000 dengan masing-masing mencatat 29,000, 28,000 dan 27,000 kes.

Negara lain masih mempunyai angka maut akibat virus itu di bawah 10,000 kes.

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif bagi kes pesakit yang telah sembuh.

Sebanyak 2.67 juta pesakit sembuh di seluruh dunia dan dibenarkan discaj.