ANGKA kematian akibat COVID-19 terus meningkat dengan hari ini melepasi angka 400,000 di seluruh dunia.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah korban akibat pandemik itu tertinggi di Amerika Syarikat (AS) dengan 110,000 kes.

United Kingdom (UK) kini mempunyai angka kematian melepasi 40,000 diikuti dengan Brazil yang merekodkan 35,000 korban, manakala Itali pula berada pada paras 34,000.


Angka kematian akibat COVID-19 terus meningkat dengan hari ini melepasi angka 400,000 di seluruh dunia.
Sementara itu, Sepanyol dan Perancis masing-masing mencatatkan angka kematian 29,000 dan 27,000 kes.

Kes kematian harian yang tinggi turut direkodkan di Brazil dan juga India.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 14,000 kes.

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif bagi kes pesakit yang telah sembuh apabila sebanyak 3.12 juta pesakit dibenarkan discaj.