ANGKA kematian akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik daripada Johns Hopkins University menunjukkan jumlah korban global akibat COVID-19 meningkat 4,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kumulatif kematian global kini lebih 469,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 120,000 kes.



Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 50,000 dan 42,000 kes korban.

Kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula melebihi 34,000 kes.

Dalam pada itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 29,000 dan 28,000 kes maut.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 20,000 kes.