ANGKA kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 3.11 juta kes.

Ia selepas lebih 12,000 kematian global direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 572,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 390,000 kes; Mexico lebih 214,000 kes; India, United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan di antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian ialah Indonesia, Ukraine dan Turki.

Selain itu, Czechia, Romania, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.