ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.68 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 595,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 465,000 kes, India lebih 335,000 kes, Mexico lebih 227,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 50,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 20,000 diikuti Malaysia.

Singapura kekal dengan 33 kematian setakat ini.