WUHAN: Syarikat perubatan di China mengutamakan pengeluaran ubat demam sejak kelonggaran sekatan COVID-19 dilaksanakan di negara itu.

Ini selepas permintaannya meningkat sejak COVID-19 melanda negara itu.

Menurut laporan media tempatan, permintaan di Wuhan, iaitu lokasi penemuan COVID-19, menerima lebih 3 juta ubat demam yang dihantar ke wilayah itu setiap hari.

Di Jinan, timur wilayah Shahdong pula mencatatkan 1.1 juta tablet ubat demam jenama Ibuprofen yang dihantar ke klinik utama untuk tempoh dua hari.

Dalam memenuhi permintaan ubat demam penduduk China, penjualan terpaksa dihadkan dengan seorang hanya dibenarkan membeli enam tablet dalam satu-satu masa.

Beberapa bandar di selatan China turut dilaporkan telah menukar stesen saringan COVID-19 kepada pusat pengujian demam seiiring dengan langkah untuk mengoptimakan garis panduan sekatan COVID-19 negara.