GOLONGAN gelandangan di Sao Paulo, bandar raya terbesar di Brazil, meningkat sebanyak 31% semasa pandemik COVID-19.

Dapatan banci terbaharu menunjukkan, sekurang-kurangnya 31,884 tinggal di jalanan di bandar raya itu, jumlah yang lebih tinggi daripada populasi di bandar lain di Brazil.

Brazil juga menjangkakan tahun 2023, kemiskinan turut meningkat kesan dari pandemik.

Kebanyakan gelandangan yang dibanci akui terpaksa tidur di dalam khemah di kaki lima sejak kehilangan pekerjaan dan menganggur.

Mereka terdiri daripada keluarga yang mempunyai anak kecil dan wanita mengandung.

Golongan berkenaan kini mengharapkan ehsan sumbangan badan bukan kerajaan (NGO) bagi meneruskan kehidupan serta mengutip barangan kitar semula untuk dijual.

Menurut Institut Geografi Dan Statistik Brazil (IBGE), terdapat 13.5 juta penganggur sekitar trimester ketiga 2021.