HONG KONG: Polis Hong Kong akan mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menghalang orang ramai daripada menyerahkan hamster mereka untuk dilupuskan.
Ia susulan arahan kerajaan untuk melupuskan hamster bagi mengekang penularan COVID-19.
Selasa lalu, pihak berkuasa mengarahkan pelupusan kira-kira 2,000 hamster di puluhan kedai haiwan selepas mengesan wabak itu menjangkiti seorang pekerja di mana 11 ekor hamster yang dijual, disahkan positif COVID-19.
Kumpulan sukarelawan, aktivis dan pencinta haiwan menawarkan khidmat menjaga hamster yang mahu dibuang pemilik.
Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan (AFCD) berkata sebarang usaha untuk menyelamatkan hamster akan dikendalikan mengikut garis undang-undang.
"Sekiranya mereka meneruskan tindakan sedemikian, AFCD akan membuat tindakan susulan dan menyerahkannya perkara ini kepada polis untuk dikendalikan," kata jabatan itu dalam satu kenyataan.
Kerajaan berkata kesemua hamster yang ingin dilupuskan 'diberi layanan baik' dan menyeru orang ramai bersatu hati dalam memerangi penularan COVID-19.
BACA: COVID-19 cetus panik, ribuan sukarelawan di Hong Kong tawar diri jaga hamster dari dilupus
Tidak seperti kebanyakan negara lain, Hong Kong mengambil langkah "sifar COVID" yang tertumpu pada penghapusan penyakit itu, sekolah dan gimnasium ditutup, premis perniagaan ditutup pada jam 6 petang dan perjalanan menerusi udara terputus atau terganggu teruk.
Negara itu sebelum ini turut menjalankan ujian terhadap arnab dan chinchilla, tetapi hanya hamster yang dikesan positif COVID-19.
Kesemua hamster itu diimport dari Belanda, lapor agensi RTHK.
Agensi
Fri Jan 21 2022

Polis Hong Kong akan mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menghalang orang ramai daripada menyerahkan hamster mereka untuk dilupuskan. - Foto AP

Buruh warga Indonesia maut ditetak
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan selain putus sebelah telinga.

Awal Ashari mengaku tidak bersalah lakukan khianat terhadap syarikat perumahan
Awal Ashari mengaku tidak bersalah selepas berdepan tuduhan khianat merosakkan palang pagar sebuah syarikat perumahan di Damansara bulan lalu.

COVID-19 | 6 lagi maut, korban di Korea Utara kini 56 orang
Korea Utara melaporkan enam lagi kematian akibat demam, beberapa hari selepas negara itu mengumumkan kes pertama COVID-19. Media kerajaan KCNA melaporkan, serentak itu itu pasukan tentera telah diarah mengagihkan segera bekalan perubatan ke semua farmasi di seluruh bandar Pyongyang.

Acara Tradisi | Teruskan tradisi lama "bersusul" pasang pelita
Tradisi memasang pelita atau ‘bersusul’ dalam bahasa suku kaum Kedayan, Brunei masih diamalkan sejak zaman berzaman di daerah Papar, Sabah. Tradisi yang diamalkan ini bukan sahaja memeriahkan sambutan bulan Syawal malah menterjemahkan semangat kerjasama dan perpaduan antara ahli keluarga dan penduduk kampong.

Tepung Gandum | Bekalan tidak terkesan, 80% import dari Australia
Malaysia dijangka tidak berdepan dengan kekurangan bekalan gandum. Ia di sebalik larangan india mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik. Ini jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kerana Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

MBSA dapatkan maklumat kakitangan bertengkar dengan pelanggan
Menerusi rakaman video itu, kakitangan dan individu terbabit masing-masing tidak berpuas hati antara satu sama lain

Bersatu tidak halang Pas kerjasama dengan UMNO - Muhyiddin
Setakat ini Bersatu masih lagi sebahagian daripada PN dan pendekatan itu diambil sebagai usaha penyatuan ummah.

FDI ke Malaysia 'mencanak naik', terbaik dalam kalangan ASEAN - Pengarah IKMAS UKM
FDI yang masuk ke Malaysia pada 2021 adalah yang tertinggi di seluruh negara ASEAN dan kita telah menerimaa lebih daripada AS$23.4 bilion.

Ellie, Azri bercerai selepas 19 tahun hidup sebagai suami isteri
Di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pagi tadi, Azri melafazkan talak satu pada Ellie.

Bekalan tepung gandum tidak terjejas, 80 peratus diimport dari Australia - KPDNHEP
Larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik tidak menjejaskan bekalan tepung gandum negara

Bekas ketua keselamatan, John Lee, diisytihar sebagai pemimpin baharu Hong Kong
John Lee akan mula berkhidmat pada 1 Julai, sempena ulang tahun ke-25 penyerahan semula Hong Kong kepada China daripada Britain.

Malaysia mempunyai lembaga pengarah wanita tertinggi di Asia
Malaysia mempunyai peratusan tertinggi wanita sebagai ahli lembaga pengarah di Asia pada 26 peratus berbanding purata global sebanyak 19.7 peratus.

Dasar sifar COVID Hong Kong bawa masalah sisa plastik
Aktivis alam sekitar berkata dasar itu menjejaskan alam sekitar dengan menghasilkan lebihan sisa.

Kelayakan Piala Asia: Myanmar, Hong Kong uji Harimau Malaya
Malaysia yang berkedudukan ke-154 dunia itu akan diuji Myanmar (152) pada 27 Mac, sebelum bertemu Hong Kong (147) pada 1 Jun.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 April 2022.

Pesakit COVID-19 warga emas di pusat kuarantin Hong Kong terabai, tak mandi 20 hari, alami ulser kulit
Ahli keluarga pesakit tidak dapat menerima alasan tentang kekurangan petugas di pusat kuarantin berkenaan.

Rumah mayat di Hong Kong penuh sehingga pertengahan April
Memburukkan keadaan apabila tempoh pemprosesan dokumen kematian yang mengambil masa lama dan penggantungan upacara perpisahan ringkas di hospital.

Hong Kong kemuka permohonan sertai RCEP
RCEP kini mempunyai 15 anggota, termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan 10 negara anggota ASEAN.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: Orang kaya Hong Kong terpaksa tempah jet peribadi untuk selamatkan 'si comel' mereka
Golongan kaya Hong Kong kini menempah pesawat jet persendirian untuk menyelamatkan haiwan kesayangan mereka.