JAKARTA:Kementerian Kesihatan Indonesia mengesan sebanyak 6,058 kes positif baharu pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di republik itu meningkat kepada 592,900 kes.

Bedasarkan data yang dikeluarkan, 171 kes kematian direkodkan menjadikan jumlah mangsa maut akibat COVID-19 di negara itu ialah 18,171.

Jumlah mangsa sembuh dari virus berkenaan juga meningkat kepada 487,445. 

Kementerian itu juga melaporkan, seramai 30,514 individu telah menjalani ujian saringan pada Rabu menjadikan jumlah ujian yang telah dilakukan adalah sebanyak 4,143,604. 

Jakarta terus merekodkan angka jangkitan tertinggi dengan kes terbaharu sebanyak 1,217 kes menjadikan keseluruhan kes di di kota metropolitan itu sebanyak 147,838. 

Sementara itu, Jawa Barat melaporkan 908 kes baharu, Jawa Tengah mencatat 735 kes, Jawa Timur mencatat 718 kes, Kalimantan Tengah (279 kes) dan Riau (235 kes).

Sehingga kini, COVID-19 telah merebak ke seluruh 34 daerah di negara itu.