JEPUN mempertimbangkan pengisytiharan darurat selepas gabenor ibu kota mendesak tindakan itu segera diambil susulan lonjakan kes baharu COVID-19.

Menurut Menteri Ekonomi Jepun, Yasutoshi Nishimura, kerajaan perlu berunding dengan pakar kesihatan sebelum memutuskan deklarasi terbaru.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pertemuan Nishimura bersama Gabenor Tokyo Yuriko Koike dan pemimpin dari tiga wilayah berdekatan.

Jelas Nishimura, kerajaan persekutuan dan ketiga gabenor berkongsi pandangan bahawa keadaan di wilayah Tokyo semakin parah sehingga pengisytiharan darurat mungkin diperlukan.

Sebagai langkah sementara, restoran dan kedai karaoke di wilayah Tokyo diarahkan ditutup pada pukul 8 malam sementara perniagaan menyediakan alkohol ditutup pada 7 malam.

Perdana Menteri Yoshihide Suga telah menolak seruan untuk mengembalikan darurat seluruh negara yang telah diperkenalkan kerajaan pada April.

Suga dijadualkan untuk berucap pada 4 Januari.

Setakat ini, Jepun bergantung kepada penutupan perniagaan secara sukarela dan sekatan perjalanan terhadap beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat sebagai langkah membendung penularan.

Tokyo menaikkan tahap amaran tertinggi pada 17 Disember lepas.

Jangkitan di ibu negara Jepun itu mencecah 1,337 pada 31 Disember

Rekod di seluruh negara itu juga pada 31 Disember sebanyak 4,520 kes baharu.