awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir: Sumatera Barat tamatkan status darurat, fokus fasa pemulihan pasca bencana
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
26/11/2024
08:32 MYT
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Anwar menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah. - Foto BERNAMA
SEOUL: Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengenai ada cubaan untuk mengagalkan pelaburan masuk ke negeri jelapang padi itu.
“Walaupun dia kata begitu, saya masih sokong Hyundai untuk labur (di Kedah). Mereka ada pilihan beberapa tempat, tetapi kerana beberapa infrastruktur telah disediakan.
“Dia juga akan eksport melalui pelabuhan dan lapangan terbang Pulau Pinang. Maka kita cadang (mereka bawa pelaburan) di Kulim, dan mereka setuju. Saya pun ejen Kedah juga,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media tertutup bersama wakil media Malaysia di sini hari ini.
Pada Isnin, Muhammad Sanusi dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dilaporkan mendakwa syarikat yang berhasrat melabur di Kedah akan diberi tekanan dan sekatan supaya mereka menarik diri daripada projek yang sudah diumumkan.
Sebagai contoh, katanya, keputusan konglomerat Bin Zayed International Group of Companies (BZI) menarik diri daripada projek Langkasuka di Langkawi bernilai RM40 bilion, tanpa mendedahkan punca penarikan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Hyundai Motor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan