Sejumlah lebih 3.18 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Isnin.

Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.29 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 351 juta dos vaksin diikuti Amerika Syarikat (AS) sebanyak 329 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 90 juta dos adalah Brazil dan melebihi 79 juta dos adalah United Kingdom (UK).

Manakala Jerman dengan 75 juta dos, Perancis dan Itali dengan 54 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 45 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina dan Thailand pula melebihi 10 juta dos.

Ini diikuti Malaysia di tangga keempat denan lebih 8.8 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 5.6 juta dos.