BILANGAN kes positif COVID-19 di peringkat global kini hampir 52 juta dengan jumlah kumulatif terkini ialah sebanyak 51,857,776. 

Ini berikutan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 10 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 8 juta kes, manakala Brazil merekodkan hampir 6 juta kes.

Negara yang melepasi angka satu juta kes adalah  Perancis, Rusia, Sepanyol, Argentina, United Kingdom dan Colombia.

Mexico, Peru, Afrika Selatan, Jerman dan Iran termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 sehingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 adalah Ukraine, Indonesia, Belanda, Bangladesh, Turki dan Filipina.

Sementara itu, sebanyak 25 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 sehingga 300,000 kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes.



Statistik Johns Hopkins University turut menunjukkan angka kematian global akibat COVID-19 kini berjumlah 1,278,280 kes.

AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 240,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 162,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 127,000 dan 95,000 kes kematian.

Manakala, kematian di United Kingdom menghampiri 50,000 kes.

Itali, Perancis, Sepanyol, Iran, Peru, Argentina, Colombia dan Rusia pula merekodkan angka korban melebihi 30,000 kes.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.