LONDON: Britain mengesahkan tiada keperluan lagi buat pekerja kesihatan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 bermula April.

Ia termasuk pekerja rumah jagaan yang juga tidak diwajibkan untuk mendapatkan suntikan tersebut bermula 15 Mac ini,

Januari lalu, Menteri Kesihatan, Sajid Javid memaklumkan perancangan kerajaan untuk memansuhkan arahan tersebut.

Namun tertakluk kepada perundangan dan sistem kesihatan semasa.

Susulan perundangan yang diluluskan, keperluan buat petugas kesihatan divaksinasi digugurkan.

Bermula minggu lepas, semua sekatan COVID-19 yang dilaksanakan sebelum ini dimansuhkan di England.

Bercakap pada sidang akhbar di London, Perdana Menteri Boris Johnson berkata, penarikan balik sekatan itu adalah simbolik kepada "Peralihan kembali ke arah normal".