PARIS: Perancis merekodkan 18,853 kes baharu COVID-19 pada Isnin sekaligus menunjukkan peningkatan minggu ke minggu untuk kali kesepuluh berturut-turut.

Perkara itu menimbulkan kebimbangan susulan kerajaan Perancis mula menarik balik kebanyakan sekatan yang dikenakan untuk membendung wabak itu.

Purata pergerakan tujuh hari kes baharu mencapai 65,882, tertinggi sejak 24 Februari.

Bilangan orang yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 meningkat kepada 20,925, angka masih 37 peratus lebih rendah daripada puncak pandemik iaitu sebanyak 33,497 yang dicapai pada November 2020.

Perubahan trend dalam jangkitan biasanya kelihatan dua minggu kemudian dalam angka kemasukan ke hospital.

Jumlah kematian COVID-19 meningkat sebanyak 185 dalam tempoh 24 jam, peningkatan paling teruk dalam 10 hari, sekalgus mencecah 140,294 secara kumulatif.