WASHINGTON: Kes COVID-19 mingguan dan kemasukan ke hospital di Amerika Syarikat menurun sebanyak 15 peratus berbanding sebelumnya.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, Dr Rochelle Walensky, pada Jumaat.

Katanya, Amerika Syarikat mempunyai purata 106,400 kes COVID-19 setiap hari, 8,300 kemasukan ke hospital dan 1,476 kematian dalam tempoh seminggu lalu.

Sementara itu, Penyelaras Tindak Balas Koronavirus White House, Jeff Zients berkata, Amerika Syarikat berada di landasan tepat untuk menggandakan jumlah ujian saringan pantas di pasaran.

Pada masa sama, pegawai kesihatan mengalu-alukan berita mengenai perkembangan pil Merck yang dapat mengurangkan risiko kematian dan kemasukan ke hospital akibat wabak COVID-19.