AMERIKA Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling banyak mempunyai kes jangkitan COVID-19 dengan jumlah keseluruhannya setakat ini meningkat kepada 119,758.
Menurut data Johns Hopkins University, setakat jam 6 pagi ini (waktu Malaysia), negara itu muncul sebagai satu-satunya negara yang mempunyai kes positif COVID-19 melepasi angka 100,000.
Dalam tempoh 24 jam lepas, negara Uncle Sam itu mencatatkan peningkatan kes positif sebanyak lebih 15,000, malah angka kematian juga mencecah hampir 2,000, dengan jumlah 1,991 mangsa.
Angka korban dan jangkitan paling tinggi adalah di New York, Washington dan New Jersey - masing-masing mencatatkan 517, 125 dan 86 kematian.
Daripada jumlah 119,758 kes jangkitan di AS, sebanyak 921 pesakit telah sembuh.
Sementara itu, Itali yang juga telah melepasi angka jangkitan COVID-19 di China, mempunyai jumlah kes jangkitan menghampiri 100,000 dan hampir pasti akan mengikut jejak AS dalam beberapa hari akan datang sekiranya mereka tidak berjaya membendung penularan wabak itu.
Itali kini mempunyai 92,472 kes positif COVID-19.
Dalam masa yang sama, angka kematian di Itali kini mencecah 10,023 mangsa dan menjadi satu-satunya negara yang mempunyai kes kematian melebihi 10,000.
Dalam tempoh sehari, negara itu mencatat 889 kematian pada Sabtu, menurun sedikit daripada hari sebelumnya iaitu 969 kes - rekod kematian paling tinggi dalam tempoh 24 jam pernah dicatatkan.
China kini terus kekal sebagai negara ketiga dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 81,999, dengan pertambahan hanya pada kes luar negara dan bukannya kes tempatan.
Menurut Reuters, Bandar Wuhan yang merupakan tempat tercetusnya wabak COVID-19 Disember lalu, mula menarik balik perintah berkurungnya pada Sabtu, setelah dua bulan terputus hubungan dengan kawasan-kawasan lain di China.
Wuhan mencatatkan kira-kira 60 peratus daripada kes COVID-19 di seluruh dunia, namun ia mengalami penurunan ketara beberapa minggu kebelakangan ini.
Sementara itu, data juga menunjukkan negara keempat dan kelima yang mempunyai kes jangkitan COVID-19 adalah Sepanyol dan Jerman dengan masing-masing mencatatkan 72,335 dan 57,695.
Bagaimanapun, Sepanyol juga merupakan negara kedua tertinggi bilangan kematian akibat COVID-19 dengan 5,820 kes.
Ini diikuti dengan China sebanyak 3,177 kes dan Iran 2,517 manakala Perancis 2,314 kes.
Bilangan kes positif jangkitan COVID-19 di seluruh dunia buat pertama kalinya melepasi angka setengah juta pada Khamis dan kini mempunyai kes melebihi 600,000.
Sehingga kini, 657, 691 kes jangkitan direkodkan dengan melibatkan 177 buah negara serta 30,438 kematian.
Astro Awani
Sat Mar 28 2020
Menurut data Johns Hopkins University, setakat jam 6 pagi ini (waktu Malaysia), AS muncul sebagai satu-satunya negara yang mempunyai kes positif COVID-19 melepasi angka 100,000.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.