JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 100 juta kes.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan kes
kumulatif global kini 99.05 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.09 juta kes.

COVID-19 | Kes positif dunia menghampiri 100 juta


Ini diikuti India dengan 10.65 juta kes dan Brazil dengan 8.81 juta kes.

Manakala negara yang melepasi angka 3 juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis.
Itali, Sepanyol, Turki, Jerman dan Colombia mencatat melebihi 2 juta kes.

Argentina, Mexico, Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Belanda, Indonesia, Romania, Belgium, Kanada, Chile, Iraq, Bangladesh, Sweden dan Pakistan pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Arab Saudi, Serbia, Hungary dan Jordan.

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.

BACA: COVID-19: Angka korban global melepasi 2.12 juta