awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 maut, 23 cedera dalam kemalangan bas di Nepal
Projek Perolehan TDM: Bekas Panglima Tentera Darat, dua isteri dibawa ke mahkamah
Imigresen gempur 13 lokasi sekitar Seremban dan Nilai, 77 warga asing ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendekatan Malaysia MADANI bukan sekadar slogan - Budiman

Bernama
Bernama
07/01/2026
05:00 MYT
Pendekatan Malaysia MADANI bukan sekadar slogan -  Budiman
Budiman berkata, falsafah MADANI lahir daripada keperluan menangani cabaran semasa yang semakin kompleks, termasuk tekanan kos sara hidup, keselamatan, penyebaran maklumat tidak benar serta perubahan landskap komunikasi. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Pendekatan Malaysia MADANI bukan sekadar slogan politik, sebaliknya merupakan kerangka menyeluruh yang bertujuan mengurangkan keresahan rakyat, memulihkan kepercayaan, dan memastikan kesejahteraan dapat dirasai dalam kehidupan seharian.
Penasihat Strategik Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Budiman Mohd Zohdi berkata, falsafah MADANI lahir daripada keperluan menangani cabaran semasa yang semakin kompleks, termasuk tekanan kos sara hidup, keselamatan, penyebaran maklumat tidak benar serta perubahan landskap komunikasi akibat media sosial.
"Dalam bahasa mudah, rakyat mahu rasa selamat, mudah mencari rezeki, dan berbangga menjadi warganegara Malaysia.
"MADANI cuba menjawab semua itu berdasarkan realiti cabaran hari ini, bukan sekadar slogan," katanya ketika menjadi tetamu program Jendela Fikir: MADANI - Memahami Teras, Merasai Manfaat, terbitan Bernama Radio pagi ini.
Budiman berkata, antara teras MADANI yang paling dekat dengan rakyat ialah kesejahteraan dan ihsan, diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif kerajaan seperti Jualan Rahmah MADANI, bantuan tunai, serta program lintas pendapatan termasuk BUDI 95.
Pendekatan baharu ini menunjukkan kerajaan bersedia mendengar maklum balas rakyat dan menambah baik dasar secara berperingkat, selari dengan kemampuan kewangan negara.
"Apabila ada kelompok yang merasakan bantuan sedia ada tidak mencukupi, kerajaan menilai dan menyesuaikan dasar. Ini menunjukkan polisi itu hidup dan berkembang, bukan bersifat noktah," katanya.
Mengulas tahap kefahaman rakyat terhadap konsep MADANI, Budiman berkata, kesedaran semakin meningkat walaupun masih wujud perbezaan persepsi antara penduduk bandar dan luar bandar.
Beliau menambah, kefahaman itu boleh diperkukuh melalui perbandingan mudah, seperti melihat perubahan sebelum dan selepas sesuatu dasar diperkenalkan.
Sementara itu, beliau menasihati masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan dan menilai maklumat, khususnya di media sosial, bagi mengelakkan radikalisasi maklumat yang boleh menjejaskan kepercayaan terhadap institusi dan kerajaan.
"Dalam demokrasi, kritikan itu perlu, tetapi mesti beradab, berlandaskan fakta, dan disertai cadangan penyelesaian. Kita terikat dengan Perlembagaan dan Rukun Negara, termasuk prinsip kesopanan dan kesusilaan," katanya.
Budiman menegaskan kejayaan kerangka MADANI bukan hanya bergantung kepada agensi komunikasi kerajaan, sebaliknya memerlukan kerjasama semua kementerian serta tanggungjawab bersama rakyat dalam membina ekosistem komunikasi negara yang sihat.
"Keputusan penting, tetapi proses ke arah itu juga sama penting. Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, MADANI akan terus relevan untuk hari ini dan masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Madani
#kerangka menyeluruh
#falsafah Madani
#Budiman Mohd Zohdi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan