JUMLAH kumulatif kematian global akibat COVID-19 mencecah 1.2 juta kes.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 231,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 160,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 122,000 dan 91,000 kes kematian.

Manakala, kematian di United Kingdom (UK) melepasi 46,000 kes.

Itali, Perancis, Sepanyol, Iran, Peru, Colombia dan Argentina pula merekodkan angka korban melebihi 30,000 kes.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.



Sementara itu, jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini mencecah 46.8 juta.

Ini berikutan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data menunjukkan AS terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 9.25 juta kes.

Ini diikuti India dengan 8.22 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5.54 juta kes.

Negara yang melepasi angka satu juta kes adalah Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina, Colombia, dan UK.

Negara yang melepasi angka setengah juta kes adalah Mexico, Peru, Itali, Afrika Selatan, Iran, Jerman dan Chile.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 sehingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 adalah Iraq, Belgium, Indonesia, Ukraine, Bangladesh, Poland, Filipina, Turki, Belanda, Arab Saudi dan Pakistan.

Sementara itu, sebanyak 22 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 sehingga 200,000 kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 100,000.