JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi angka 102 juta kes.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan kes kumulatif global kini 102.39 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University turut menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 26.01 juta kes.

Ini diikuti India dengan 10.73 juta kes dan Brazil dengan 9.11juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 3 juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis.
Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Colombia mencatat lebih 2 juta kes.

Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru dan Indonesia pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Belanda, Kanada, Romania, Chile, Belgium, Portugal, Israel, Iraq, Sweden, Pakistan, Bangladesh, Filipina dan Switzerland pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Serbia, Jepun, Arab Saudi,  Hungary, Jordan dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.