awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Netanyahu bakal bertemu Trump di AS ketika rundingan gencatan senjata Gaza perlahan
Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan: CENC
Lebih 200 terbunuh dalam serangan bermotif etnik di Darfur, Sudan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global hampir 112 juta

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
23/02/2021
22:52 MYT
COVID-19: Kes positif global hampir 112 juta
Di White House, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan isteri, serta Naib Presiden Kamala Harris, menyertai upacara menyalakan lilin dan bertafakur mengenang lebih 500,000 yang maut akibat COVID-19, di Washington, 22 Feb, 2021. REUTERS
JUMLAH keseluruhan penularan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri angka 112 juta.
Berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu sejak 24 jam lalu, angka jangkitan kumulatif global kini mencecah 111,997,291.
Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan 28,248,745 kes, diikuti India dengan 11,016,434 dan Brazil 10,195,160.
United Kingdom dan Rusia pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Perancis dan Sepanyol melebihi tiga juta kes.
Ia diikuti Itali dengan 2,832,162 kes, Turki (2,655,633), Jerman (2,405,252), Colombia (2,233,589), Argentina (2,077,228) dan Mexico (2,043,632).
Negara dengan kes positif melebihi satu juta ialah Poland, Iran, Afrika Selatan, Ukraine, Indonesia, Peru, Czechia, Belanda.
Negara lain masih mencatat kes positif COVID-19 di bawah satu juta, termasuk Malaysia.
Sementara itu, kes kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini berjumlah 2,481,668.
Data menunjukkan Amerika Syarikat negara tertinggi mencatatkan kes kematian iaitu sebanyak 502,227.
Ia diikuti Brazil dengan 247,143 kes, manakala Mexico (180,536), India (156,463) dan United Kingdom (121,536).
Negara lain mencatat angka korban di bawah 100,000.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Johns Hopkins University
#Amerika Syarikat
#India
#Brazil
#United Kingdom
#Mexico
#Russia
#Itali
#kes positif
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan