JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 145 juta berikutan pertambahan lebih 800,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 32.03 juta kes.

Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 16.61 juta dan 14.23 juta kes.

Negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis manakala Rusia, Turki dan United Kingdom merekodkan lebih 4 juta kes.

Sementara Itali, Sepanyol dan Jerman melebihi tiga juta kes.

Argentina, Poland, Colombia, Iran dan Mexico mencatat lebih 2 juta kes.

Ukraine, Peru, Indonesia, Afrika Selatan dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Filipina, Belgium, Sweden, dan Portugal pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 500,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melepasi 3.09 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 571,812 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 386,416 kes, Mexico lebih 214,504  kes.

Manakala India, United Kingdom, Itali dan Rusia pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Perancis, Jerman, Sepanyol, Colombia dan Iran.

Ini termasuk Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Manakala negara yang mencatatkan antara 20,000 hingga 50,000 kes kematian ialah Indonesia, Ukraine, Turki, Romania dan Chile.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.