JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 241.4 juta.

Angka terkini menurut data Johns Hopkins University adalah sebanyak 241,433,334, berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data tersebut menunjukkan, Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 45 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 34 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.6 juta kes.

United Kingdom kini mencatat lebih 8.5 juta kes.

Manakala Rusia, Perancis dan Turki antara negara yang merekodkan lebih 7 juta kes.

Argentina melebihi 5 juta dan diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.7 juta.

Malaysia lebih 2.4 juta kes, Thailand dengan 1.8 juta kes.

Manakala Singapura merekodkan lebih 150,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 4,910,991.

Data Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 727,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 603,000 kes, India lebih 452,000 kes, Mexico lebih 284,000 kes.

Sementara Rusia kini catat lebih 221,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 94000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 86,000 kes.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 40,000 diikuti Malaysia dengan 278000 kes.

Sementara itu, Thailand mencatatkan lebih 18,000 angka korban.