Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 30 juta kes, diikuti Brazil dengan 12.4 juta kes dan India dengan lebih 11.97 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka empat juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis sementara Itali, Sepanyol dan Turki melebihi tiga juta.
Jerman, Colombia, Argentina, Mexico dan Poland mencatat lebih dua juta kes.
Iran, Ukraine, Afrika Selatan, Indonesia dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Manakala Kanada, Chile, Romania, Belgium dan Portugal pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Malaysia.
Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes.
Sementara itu, lebih 9,000 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan seluruh dunia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melepasi 2.78 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 549,000 kes diikuti Brazil dengan lebih 310,000 kes, manakala Mexico, India dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Rusia, Perancis, Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Argentina dan Afrika Selatan.
Manakala negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Poland, Peru Indonesia, Ukraine dan Turki.
Selain itu Kanada, Belgium dan Romania pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.