JUMLAH keseluruhan kes positif global COVID-19 di seluruh dunia kini lebih 34.4 juta.

Ia pertambahan lebih 323,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.3 juta kes.

Ini diikuti India dengan 6.3 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.8 juta kes.

Di Rusia pula, jumlah jangkitan mencecah 1.18 juta.

Negara-negara seperti Colombia, Peru, Sepanyol, Mexico, Argentina, Afrika Selatan dan Perancis pula mencatat angka melebihi 600,000.

Sementara itu, statistik sama menunjukkan angka korban di seluruh dunia setakat ini adalah sebanyak 1,025,315.

Jumlah kumulatif yang maut di AS sahaja mencecah 208,485.

Brazil di tempat kedua dengan 144,680.

India dan Mexico juga terus mencatat pertambahan dengan masing-masing merekod kematian sebanyak 99,773 dan 78,078.

Negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 50,000 kes.