JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi angka 9 juta orang pada pagi Selasa.

Menurut data daripada Johns Hopkins University, ia menyaksikan peningkatan kira-kira 180,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.3 juta kes.

Brazil kini menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1 juta kes dengan 1.08 juta.


Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi angka 9 juta orang.
Jangkitan di Rusia pula menghampiri 600,000 kes.

Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi ialah India dengan 425,000 kes dan United Kingdom dengan 306,000 kes.

Lima lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu Peru, Sepanyol, Itali, Chile dan Iran.